LANGKAWI ISLAND HOPPING TOUR


Island Hopping Tour adalah cara yang terbaik untuk menikmati kepulauan Langkawi. Ia adalah salah satu yang mesti dilakukan ketika melawat Pulau Langkawi. Perjalanan ini akan mengambil masa kira-kira 4 jam melawati Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau Singa. Semuanya di sekitar Pulau Langkawi, anda boleh berenang,berjemur, bermain sukan air seperti payung terjun, jet ski serta snorkeling. Langkawi sebenarnya terdiri daripada kelompok 99 buah pulau (104 pada air surut dan hanya kira-kira 50 peratus telah dinamakan).

PREGNANT MAIDEN ISLAND
Seperti dengan namanya Dayang Bunting, anda pasti tertarik dengan rupa bentuk bukit yang kelihatan seperti wanita hamil yang sedang berbaring. Menurut cerita rakyat tempatan, adalah dipercayai bahawa wanita yang mandul akan hamil selepas mereka mandi di tasik atau minum airnya. Biarkan mata anda menikmati landskap kars yang indah dengan laut dan  kehijau tasik. Ianya sedikit ajaib kerana di luar dinding kars adalah laut yang masin. Geologi yang unik ini telah memperolehi pengiktirafan sebagai Marble Geoforest Park, iaitu sebahagian daripada yang dilindungi oleh Unesco Langkawi Geopark.
 



SINGA ISLAND
Langkawi Island Hopping Tour juga akan membawa anda melawati Pulau Singa Besar. Di tempat inilah aktiviti memberi makan helang laut dajalankan. Di Langkawi, biasanya helang laut adalah lebih besar daripada helang sungai dan warna mereka juga berbeza. Helang Sungai biasanya bewarna coklat dan Helang Laut bewarna kelabu.

 




BERAS BASAH ISLAND
Asli, menarik, indah dan damai adalah kata sifat yang digunakan untuk menghuraikan Pulau Beras Basah. Sebagai salah satu pulau yang paling terkenal di Pulau Langkawi, yang terletak di hujung barat Langkawi, pulau ini akan memberikan anda tempat percutian yang sesuai dengan pantai berpasir putih yang dikelilingi oleh laut biru yang luas. Hutan rimba hijau yang mengelilingi pulau ini menambah rasa ketenangan dan membolehkan anda untuk merehatkan diri anda apabila melangkah di pulau ini. Disini juga akan boleh melakukan aktiviti – aktiviti laut seperti bermain Jet Ski, Payung Terjun, Bot Pisang dan lain – lain lagi.


PRIVATE ISLAND
Pulau ini adalah tempat bagi mereka yang ingin mempunyai sedikit masa peribadi di pantai atau pulau yang tiada orang lain di seluruh kawasannya. Di pulau ini, terdapat tiada orang tetapi selamat daripada haiwan. Sudah tentu pulau ini adalah salah satu daripada 99 pulau di sekitar Langkawi. Sesuai untuk berehat, berjemur, dan juga persekitaran yang romantis untuk pasangan yang berbulan madu.